Monday, December 19, 2016

Chang Shou Mian (长寿面) Misua

Sambutan Hari Jadi 生日节

Misua juga dieja sua mi yang berasal dari perkataan Hokkien iaitu mi-soà. Misua merupakan sejenis mi yang sangat nipis dan mi masin. Misua diperbuat daripada tepung gandum. Misua ini berbeza daripada mifen (mee hoon) dan mi selofan dimana kedua-dua mo tersebut adalah jenis mi yang dibuat daripada beras dan hijau kacang. Misua adalah mi yang paling nipis diantara mi lain. Misua juga merupakan mi yang terpangjang antara mi lain setimpal dengan namanya Chang Shou Mian iaitu Chang bermaksud panjang, 寿 umur, mian pula bermaksud mi. Secara keseluruhannya, mi ini melambangkan kehidupan yang panjang.

Misua kebiasaanya dimasak semasa perayaan penting iaitu semasa sambutan hari jadi. Hal ini kerana Misua melambangkan kehidupan yang panjang dalam budaya Cina, oleh itu mi sua merupakan makanan yang perlu dimakan semasa sambutan hari jadi dalam kalangan cina.


Misua diperbuat daripada tepung gandum. Memasak misua biasanya mengambil masa kurang daripada dua minit dalam air mendidih. Kuantiti mi akan menentukan panjang masa untuk mi tu masak. Ia biasanya dihidangkan dengan bahan-bahan seperti telur, tiram, ayam, cendawan shiitake, arak merah cina dan Daun Bawang.

Mi Sua yang dijemur.

Cara menjemr Mi Sua

Bentuk misua yang dipasarkan

Hidangan Misua dengan sup ayam cendawan serta telur

No comments:

Post a Comment