Monday, December 19, 2016

Chang Shou Mian (长寿面) Misua

Sambutan Hari Jadi 生日节

Misua juga dieja sua mi yang berasal dari perkataan Hokkien iaitu mi-soà. Misua merupakan sejenis mi yang sangat nipis dan mi masin. Misua diperbuat daripada tepung gandum. Misua ini berbeza daripada mifen (mee hoon) dan mi selofan dimana kedua-dua mo tersebut adalah jenis mi yang dibuat daripada beras dan hijau kacang. Misua adalah mi yang paling nipis diantara mi lain. Misua juga merupakan mi yang terpangjang antara mi lain setimpal dengan namanya Chang Shou Mian iaitu Chang bermaksud panjang, 寿 umur, mian pula bermaksud mi. Secara keseluruhannya, mi ini melambangkan kehidupan yang panjang.

Misua kebiasaanya dimasak semasa perayaan penting iaitu semasa sambutan hari jadi. Hal ini kerana Misua melambangkan kehidupan yang panjang dalam budaya Cina, oleh itu mi sua merupakan makanan yang perlu dimakan semasa sambutan hari jadi dalam kalangan cina.


Misua diperbuat daripada tepung gandum. Memasak misua biasanya mengambil masa kurang daripada dua minit dalam air mendidih. Kuantiti mi akan menentukan panjang masa untuk mi tu masak. Ia biasanya dihidangkan dengan bahan-bahan seperti telur, tiram, ayam, cendawan shiitake, arak merah cina dan Daun Bawang.

Mi Sua yang dijemur.

Cara menjemr Mi Sua

Bentuk misua yang dipasarkan

Hidangan Misua dengan sup ayam cendawan serta telur

Sunday, December 18, 2016

Yue Gao& yue bing (月糕&月饼)Kuih & kek Bulan

Zhong Qiu Jie (中秋节)Mooncake Festival
Perayaan Kuih Bulan merupakan satu perayaan yang menyambut kemenangan orang Cina dalam menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu. Selain itu terdapat mitos yang berkaitan dengan perayaan ini. 
Terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza-beza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan di China, tetapi memakan kuih bulan merupakan perkara yang paling penting dalam Pesta Kuih Bulan ini. Pada malam 15 haribulan bulan 8 menurut kalendar China, anggota keluarga akan berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil memakan kuih bulan yang enak diterangi tanglung-tanglung untuk melihat Permaisuri Chang Er. Pelbagai cara yang berbeza-beza bagi etnik China dalam merayakan Pesta Kuih Bulan ini, namun tujuannya tetap sama, untuk memperjuangkan keamanan dan mengeratkan perpaduan. Sambutlah perayaan yang bermakna ini bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama, sambil kita menikmati Kuih Bulan, buah-buahan dan teh serta bermain tanglung bersama keluarga. Setiap peristiwa yang berlaku ada sejarahnya yang perlu diingati dan dijadikan iktibar dan mitos serta lagenda perayaan Kuih Bulan boleh dipelajari sebagai satu tradisi kebanggaan kaum Cina hingga ke anak cucu. 
Kuih bulan adalah salah sebuah kuih tradisional cina. Ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh ataupun pada perayaan mooncake. Pesta itu adalah untuk memerhati bulan dan juga bermain tanglung; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai, kacang merah, perisa pandan dan dikelilingi oleh satu kerak agak nipis dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur itik masin.

Acuan Kek Bulan

Tanglung

Kek bulan agar-agar

Kek Bulan yang Biasa

Kuih sampingan semasa perayaan kek bulan




Zong Zi (粽子)

Duan Wu Jie (端午节) @ Dragon Boat Festival

Duan wu Jie juga dikenali sebagai Festival Perahu Naga@ Dragon Boat Festival merupakan perayaan tradisional orang Cina, yang berlaku berhampiran solstis musim panas. Ia juga dikenali sebagai Zhongxiao Festival (Bahasa Cina: 忠孝 ; pinyin: Zhōngxiàojié) yang membawa maksud  setia dan bakti. 

Perayaan ni disambut pada hari ke-5 pada bulan ke-5 dalam kalendar Cina tradisional iaitu kalender Lunar.

Zong Zi (Ladu Pulut) secara tradisinya dimakan semasa Duan Wu Festival. Satu kepercayaan dalam kalangan orang Cina apabila makan zong zi adalah untuk memperingat kematian seorang penyair China, Qu Yuan dari kerajaan Chu yang hidup dalam tempoh peperangan Amerika. Beliau terkenal dengan semangat patriotic kerana beliau cuba untuk memberi amaran kepada kerajaan mereka bahawa berlakunya perluasan kuasa walaupun beliau gagal. Beliau sangat kecewa dengan tindakan Qing Bai Qi yang mengambil YingDu, modal Chu, dan akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri. Zong membawa maksud setia dan zi melambangkan orang. Mungkin disebabkan untuk memperingatkan kesetiaan beliau maka Makanan Zong Zi diwujjudkan.

Zong Zi ini merupakan makanan yang dibuat menggunakan beras pulut. Intinya pula adalah seperti pes kacang merah ataupun kekacang, daging babi/ ayam cicang, telur masin, sosej, cendawan shiitake/ hitam,rempah ratus. Zong zi dibungkus dalam bentuk yang pelbagai dan dibungkus menggunakan daun buluh, daun teratai, daun pisang, daun jagung serta daun pandan. Pembungkusan menggunakan daun tersebut dapat meningkatkan aroma wangian makanan tersebut. 

Zongzi yang biasa dijual
Zongzi bentuk segi tiga

Zongzi bebentuk panjang

Daun untuk membungkus zong zi


Tang Yuan (汤圆)

LANTERN FESTIVAL @ Yuan Xiao Jie ( 元宵节)

The Lantern Festival ataupun Yuan Xiao Jie (元宵节) adalah perayaan Cina yang disambut pada hari kelima belas pada bulan pertama dalam kalender Cina Lunar. Perayaan ini menandakan hari terakhir bagi perayaan Tahun Baru Cina yang mana perayaan ini berlansung selama 15 hari sahaja.

Jamuan yang wajib disediakan semasa Yuan Xiao Jie adalah Tang Yuan.

Tang Yuan (Cina Ringkas: 汤圆; tradisional Cina: 湯圓; pinyin: Tangyuan) adalah makanan cina yang diperbuat daripada tepung beras pulut yang dicampur dengan air untuk membentuk bola dan seterusnya dimasak dan dihidangkan dalam air yang digunakan utuk merebus Tang Yuan tersebut. Secara tradisinya, Tang Yuan dimakan semasa Yuan Xiao Jie. Hal ini kerana Tang yuan membawa maksud kesatuan (Cina ringkas: 团圆; tradisional Cina: 團圓; pinyin: tuanyuan). Hal ini dapat ditunjukkan melalui ahli keluarga yang berkumpul beramai-ramai semasa perayaan tersebut.

Tang Yuan Biasa

Tang Yuan Biasa

Tang Yuan Berwarna


Nian Gao (年糕)Chinese New Year Cake

Perayaan Tahun Baru Cina 😃😃😃

Untuk pengetahuan umum, perayaan Tahun Baru Cina disambut pada hari pertama bulan satu mengikut kalender lunar (kalender cina). Bagi masyarakat yang berbangsa cina, mereka telah bersedia mengemas rumah dan membuat kuih-muih. Antara kuih-muih yang wajib ada, adalah Nian Gao. Kebiasaan kuih ini banyak dijual sebelum perayaan. Namun pada hari lain pun dijual juga kerana kuih ini boleh dijadikan snack.....

Nian Gao boleh dikenali sebagai kek@ kuih Tahun Baru Cina @ Glutinous cake.

Nian Gao merupakan makanan yang dihasilkan daripada beras pulut. Secara tradisinya ia adalah yang paling popular semasa Tahun Baru Cina. Nian Gao adalah makanan yang membawa nasib yang baik kerana "nian gao" adalah homonim untuk "tahun yang lebih tinggi." Perkataan Cina (nian), yang bermaksud "melekit", adalah sama dalam bunyi untuk 年(nian), yang bermaksud "tahun", dan perkataan (Gao), yang bermaksud "kek" adalah sama dalam bunyi untuk 高 (gao), yang bermaksud "tinggi" . Oleh itu, Nian Gao perlu dimakan pada Tahun Baru Cina kerana dipercayai dapat menaikkan diri sendiri dalam tahun baru dan akan datang.

Nian Gao (年糕) 
Nian Gao (年糕)