Sunday, December 18, 2016

Tang Yuan (汤圆)

LANTERN FESTIVAL @ Yuan Xiao Jie ( 元宵节)

The Lantern Festival ataupun Yuan Xiao Jie (元宵节) adalah perayaan Cina yang disambut pada hari kelima belas pada bulan pertama dalam kalender Cina Lunar. Perayaan ini menandakan hari terakhir bagi perayaan Tahun Baru Cina yang mana perayaan ini berlansung selama 15 hari sahaja.

Jamuan yang wajib disediakan semasa Yuan Xiao Jie adalah Tang Yuan.

Tang Yuan (Cina Ringkas: 汤圆; tradisional Cina: 湯圓; pinyin: Tangyuan) adalah makanan cina yang diperbuat daripada tepung beras pulut yang dicampur dengan air untuk membentuk bola dan seterusnya dimasak dan dihidangkan dalam air yang digunakan utuk merebus Tang Yuan tersebut. Secara tradisinya, Tang Yuan dimakan semasa Yuan Xiao Jie. Hal ini kerana Tang yuan membawa maksud kesatuan (Cina ringkas: 团圆; tradisional Cina: 團圓; pinyin: tuanyuan). Hal ini dapat ditunjukkan melalui ahli keluarga yang berkumpul beramai-ramai semasa perayaan tersebut.

Tang Yuan Biasa

Tang Yuan Biasa

Tang Yuan Berwarna


No comments:

Post a Comment