Untuk pengetahuan umum, perayaan Tahun Baru Cina disambut pada hari pertama bulan satu mengikut kalender lunar (kalender cina). Bagi masyarakat yang berbangsa cina, mereka telah bersedia mengemas rumah dan membuat kuih-muih. Antara kuih-muih yang wajib ada, adalah Nian Gao. Kebiasaan kuih ini banyak dijual sebelum perayaan. Namun pada hari lain pun dijual juga kerana kuih ini boleh dijadikan snack.....
Nian Gao boleh dikenali sebagai kek@ kuih Tahun Baru Cina @ Glutinous cake.
Nian Gao merupakan makanan yang dihasilkan daripada beras pulut. Secara tradisinya ia
adalah yang paling popular semasa Tahun Baru Cina. Nian Gao adalah makanan yang membawa nasib yang baik kerana "nian gao" adalah homonim untuk "tahun
yang lebih tinggi." Perkataan Cina 粘 (nian), yang bermaksud
"melekit", adalah sama dalam bunyi untuk 年(nian), yang bermaksud
"tahun", dan perkataan 糕 (Gao), yang bermaksud "kek" adalah sama dalam bunyi untuk 高 (gao), yang
bermaksud "tinggi" . Oleh itu, Nian Gao perlu dimakan pada Tahun Baru Cina kerana dipercayai dapat menaikkan diri sendiri dalam tahun baru dan akan datang.
Nian Gao (年糕) |
No comments:
Post a Comment