Zhong Qiu Jie (中秋节)Mooncake Festival
Perayaan
Kuih Bulan merupakan satu perayaan yang menyambut kemenangan orang Cina dalam menumpaskan
penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Terdapat
juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa
Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk
kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis
itu. Selain itu terdapat mitos yang berkaitan dengan perayaan ini.
Terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza-beza tentang asal-usul Pesta
Kuih Bulan di China, tetapi memakan kuih bulan merupakan perkara yang paling
penting dalam Pesta Kuih Bulan ini. Pada malam 15
haribulan bulan 8 menurut kalendar China, anggota keluarga akan berkumpul dan
bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil memakan kuih
bulan yang enak diterangi tanglung-tanglung untuk melihat Permaisuri Chang Er. Pelbagai cara yang berbeza-beza bagi etnik China dalam merayakan Pesta
Kuih Bulan ini, namun tujuannya tetap sama, untuk memperjuangkan keamanan dan
mengeratkan perpaduan. Sambutlah perayaan yang bermakna ini bersama-sama tanpa mengira bangsa
dan agama, sambil kita menikmati Kuih Bulan, buah-buahan dan teh serta bermain
tanglung bersama keluarga. Setiap peristiwa yang berlaku ada sejarahnya yang
perlu diingati dan dijadikan iktibar dan mitos serta lagenda perayaan Kuih
Bulan boleh dipelajari sebagai satu tradisi kebanggaan kaum Cina hingga ke anak
cucu.
Kuih bulan adalah salah
sebuah kuih tradisional cina. Ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh ataupun pada
perayaan mooncake. Pesta itu adalah untuk memerhati
bulan dan juga bermain tanglung; kuih
bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih
bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat. Inti tebal selalunya dibuat
daripada isi biji teratai, kacang merah, perisa pandan dan dikelilingi oleh satu kerak agak nipis dan boleh
mengandungi kuning telur daripada telur itik masin.
|
Acuan Kek Bulan |
|
Tanglung |
|
Kek bulan agar-agar |
|
Kek Bulan yang Biasa |
|
Kuih sampingan semasa perayaan kek bulan |
No comments:
Post a Comment